Isnin, 23 April 2012

HADIAH YANG SERING DILUPAKAN...

Hadiah mendengar
Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan dan korang hendaklah benar-2 mendengar apa yang dikatakan . Jangan mencelah , jangan berangan dan jangan merancang bagaimana korang nak membalasnya . Jika selama ni , si dia banyak bercerita dan kamu seorang pendengar yang setia , si dia terlupa untuk memberikan korang hadiah tu

 Hadiah Sehelai Nota
mungkin ringkas seperti 'Saya Sayang Awak' atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi . Letakkan nota-nota ini ditempat yang tak disangka oleh orang yang dikasihi . 

Hadiah Ketawa

Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel . Mesejnya ialah , " saya suka ketawa bersama awak !"

Hadiah Puji-pujian
Sesuatu yang ringkas seperti " warna pink memang sesuai dengan awak"  atau "Sedap betul masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia kurang keyakinan diri . Oleh itu , jangan hanya mahu dipuji . Cubalah puji si dia juga :)

 Hadiah Bantuan
Siapa yang akan datang menolong jika korang ditimpa masalah ? Siapakah yang bermain diminda korang saat korang memerlukan pertolongan ? Pertolongan seperti membaiki kereta korang di saat sedang rosak , bawa ke klinik saat korang sakit , hulurkan wang ringgit saat korang susah , sangat membantu dalam sesebuah perhubungan . Jika tiada semua tu , si dia nampaknya sudah terlupa .

 Hadiah Bersendirian
Ada pasangan yang sentiasa mahu berkepit 24jam . Ada pula yang sering mahu berada di sisi walaupun tidak memintanya . Ada ketika kita hanya mahu bersendirian . Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendirian .

 Hadiah Keceriaan
Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria bersama orang-orang yang dikasihi . Berikan dia senyumana yang boleh diukir dengan ikhlas dan buatlah si dia ketawa dengan sikap 'sense of humor' korang..

 Hadiah Doa
Hadiah inilah yang sering dilupakan . Selalulah berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu si dia yang dirinya sentiasa berada di dalam doa kita . Pasti sejuk hati si dia mendengarnya . Biar pun tiada harta bernilai ratusan ringgit namun dengan bingkisan doa ini segala urusan harian dapat dipermudahkan ;)